Powered by Blogger.

Tuesday, October 18, 2011

Dun Apas Serah Sumbangan RM30,000 kepada PIBG SK Titingan, Tawau

  NR       Tuesday, October 18, 2011

PENYERAHAN SIJIL… Tawfiq menyampaikan sijil kepada salah seorang Ahli Jawatankuasa PIBG.


TAWAU: Golongan ibu bapa diingatkan supaya jangan menyalah-gunakan bantuan kewangan anak masing-masing yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan pusat sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012 pada awal bulan ini.
Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah bermula tahun hadapan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak mereka.
“Bantuan itu seharusnya dimanfaatkan untuk setiap keperluan anak-anak termasuk pakaian seragam sekolah agar para pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang selesa,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Titingan di sini kelmarin.
Menurutnya, rakyat seharusnya bersyukur di atas pemberian bantuan itu lebih-lebih lagi pihak kerajaan turut memansuhkan yuran pendidikan persekolahan para pelajar sekaligus keputusan itu dilihat mampu meringankan beban golongan ibu bapa.
Tawfiq berkata, keputusan itu jelas menunjukkan tentang keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap aspek pendidikan anak-anak selain memahami kos persekolahan yang ditanggung oleh golongan ibu bapa khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Kerajaan turut memberikan keutamaan di dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup rakyat dengan memperkenalkan bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
“Tanggungjawab ibu bapa pula untuk memastikan anak masing-masing menerima pendidikan sempurna sehingga ke peringkat tertinggi untuk mendapat pekerjaan yang mampu menjamin masa depan bukan saja dirinya sendiri tetapi kepada ahli keluarga,” tambahnya.
Dalam pada itu, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada pihak sekolah untuk pembinaan surau dan RM20,000 bagi membaikpulih jambatan yang menjadi penghubung di antara Kg Titingan dan Tawau Lama.
- UB
logoblog

Thanks for reading Dun Apas Serah Sumbangan RM30,000 kepada PIBG SK Titingan, Tawau

Previous
« Prev Post

No comments: