MANGSA BULI: Mangsa yang mengalami luka di bahagian kepala semasa ditemui di balai polis di Kuching, semalam.
KUCHING: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) telah dipukul oleh sekumpulan pelajar dari sekolah yang sama selepas dia
secara tidak sengaja telah menjatuhkan seorang pelajar perempuan.
Insiden tersebut telah berlaku di sebuah sekolah
di Kenyalang Park semalam.
Mangsa yang beruasia 17 tahun berasal dari
Chawan Road sebelum ini bersekolah di sebuah sekolah di Padungan namun
berpindah ke sekolah tersebut kerana kerap dibuli oleh pelajar nakal.
Menurut ibu mangsa, dia mengharapkan anaknya
dapat menduduki SPM dengan baik pada tahun ini di sekolah yang baru dan tidak
menjangkakan insiden tersebut akan berlaku.
Menurut sumber, mangsa sebelum ini juga kerap
dibuli oleh kumpulan yang sama malah turut mengugut mangsa yang mereka akan
merosakkan kereta ibunya.
Mangsa yang mengalami luka di bahagian kepala
ekoran insiden tersebut telah dibawa ke balai polis oleh keluarganya untuk
membuat laporan berhubung kejadian.
- UB

No comments:
Post a Comment