BALING 30 Jan. - Langkah menempatkan 18 guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat di daerah-daerah di negeri ini mampu membantu meningkatkan lagi tahap penguasaan bahasa itu khususnya di kalangan pelajar di kawasan luar bandar.
Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat berkata, kehadiran 18 guru asing bahasa Inggeris sejak tahun lalu itu mampu memberi fokus terhadap penguasaan bahasa itu dengan cara lebih kreatif dan inovatif.
"Dengan jumlah guru yang disediakan Kementerian Pelajaran di semua daerah maka ia mampu membawa perubahan dan pemikiran lebih kreatif di kalangan guru yang mengajar subjek berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Jalinan Muhibbah Persatuan Anak baling dengan komuniti Mukim Pulai di Sekolah Kebangsaan Pulai di sini semalam.
Hadir sama, Pegawai Pelajaran daerah Baling/Sik, Abdul Razak Md. Noh; Presiden Anak Baling, Ir. Abdul Manaf Hanafi dan Guru besar SK Pulai, Ahmad Jusoh.
Dalam pada itu, Mansot berkata, penglibatan golongan korporat dalam membangunkan pendidikan sekolah amat dialu-alukan.
"Kita memang mengharapkan sumbangan para korporat dalam memajukan bidang pendidikan dan berharap mereka turut sama membantu," katanya.
- Utusan
No comments:
Post a Comment