PUTRAJAYA:
Sebanyak 15 sekolah lagi iaitu tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah
menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK).
"Semua sekolah yang
sudah menerima pengiktirafan akan diberi peruntukan khas bagi tujuan
membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing," katanya dalam ucapan
sempena majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu, di sini hari ini.
Tujuh sekolah menengah terbabit ialah Sekolah Menengah (SM) Sains
Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Dungun, Terengganu; SM
Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan
SM Kebangsaan Alor Akar di Pahang; serta SM Tinggi Kluang dan SM Kebangsaan (P)
Sultan Abu Bakar, Muar di Johor.
Bagi sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka; SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; SK Agama Sibu, Sarawak; SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan; SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor; Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis; dan SK Minden Heights, Gelugor dan SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas, di Pulau Pinang.
Beliau berkata, menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.
"SKK juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dalam dan luar negara," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment