Powered by Blogger.

Monday, January 30, 2012

Program Pendidikan Empower Ubah Tanggapan Pelajar di Sekolah Harian

  NR       Monday, January 30, 2012

KUALA LIPIS – Tanggapan bahawa pelajar di sekolah harian tidak mendapat keputusan cemerlang perlu diubah berikutan ramai daripada mereka yang meraih keputusan lulus semua mata pelajaran selepas mengikuti program akademik yang dijalankan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, program itu membuahkan hasil apabila pelajar luar bandar yang mengikuti program itu berjaya meraih keputusan lulus seratus peratus dalam semua mata pelajaran bagi peperiksaan yang mereka duduki.
“Walaupun mereka sebelum ini dikategorikan sebagai lemah dalam akademik, tetapi hasil bimbingan dan motivasi seperti yang dijalankan oleh ECERDC menerusi Program Pendidikan Empower (PPE) menunjukkan mereka sebenarnya mempunyai potensi untuk lulus cemerlang.
“Hasil bimbingan tuisyen dan motivasi menerusi PPE seramai 400 pelajar di dari 10 sekolah terpilih menyertai program ini di daerah Lipis telah lulus seratus peratus dalam semua mata pelajaran,” katanya.
Beliau berkata, program itu dapat melahirkan keyakinan dan mengubah nasib pelajar luar bandar yang dianggap kurang berpotensi untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Juara Empower PMR dan menyampaikan sumbangan serta sijil ECERDC kepada 17 pelajar di daerah itu yang lulus cemerlang setelah mengikuti PPE tahun lepas di Dewan Orang Ramai Kampung Sama, Benta dekat sini hari ini. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Program Pendidikan Empower Ubah Tanggapan Pelajar di Sekolah Harian

Previous
« Prev Post

No comments: