KUASA HOKI: SMK Penrissen No.1 mengekalkan status kuasa hoki mereka di Kuching apabila merangkul dua kejuaraan kategori Bawah 15 dan 18 Tahun Kejohanan Hoki Kuching MSSM 2012 di Stadium Hoki Sarawak, semalam.
KUCHING: Juara berganda Kejohanan Hoki Bawah 15 dan 18 Tahun MSSM Kuching, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 menyaksikan jumlah pemain paling ramai dipilih mewakili Kuching ke Kejohanan Hoki MSSM Sarawak dengan seramai lapan pemain.
Mereka terdiri daripada Royston Tani (penjaga gol), Abranden Vylienden Andrew, Luther Vandross Thomson, Mohd Iswandi Razak, Galve Oyester @ Sijau, Ferry Filler Freddie, Dais Sharamdan Jini dan Felyck Finder Freddie.
Manakala pemain yang dipilih dari SMK Lake ialah Lennon (penjaga gol), Donny dan Alan, sementara dari SM Sains ialah Louis Razzel Diger dan Myothennieus Tlaga Jidy.
Pemain-pemain lain ialah Edeeson Saberi, Gabriel Anderton Richard, Beah Koffman Sui Ann (SMK Bau), Edmund Ahjin (SMK Paku) dan Donnie Walker Ho (SMK Tun Abdul Razak).
Mereka akan melapor diri kepada jurulatih Adwin Sijib dan Raphael M. Ruda di SMK Penrissen No.1 untuk latihan pada 10 Februari ini.
- UB, 3 Jan
No comments:
Post a Comment