Powered by Blogger.

Saturday, February 04, 2012

UPSI Akan Tubuh Sekolah Makmal Pertama di Malaysia

  NR       Saturday, February 04, 2012
TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini akan menubuhkan sebuah sekolah makmal pertama di Malaysia yang meliputi prasekolah sehingga sekolah menengah secara berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata, penubuhan sekolah makmal berharga RM41 juta itu mampu memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada penuntut dan graduan UPSI.

Operasi, kokurikulum dan pengurusan sekolah dalam universiti ini dijalankan sepenuhnya oleh UPSI, katanya kepada pemberita selepas melawat UPSI semalam.

Beliau berkata, sekolah makmal tersebut diwujudkan yang melambangkan status dan peranan UPSI sendiri sebagai sebuah universiti pendidikan yang tersohor di negara ini.

Sementara itu Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, sekolah makmal bagi peringkat prasekolah telah dimulakan pada awal tahun ini tetapi menumpang di sebuah bangunan di UPSI.

“Setakat ini kami mempunyai 70 kanak-kanak tadika di sekolah kami dan tahun depan kami akan mulakan peringkat seterusnya satu persatu iaitu peringkat sekolah rendah apa-bila mereka mula naik ke tahun satu,” katanya. — Bernama


logoblog

Thanks for reading UPSI Akan Tubuh Sekolah Makmal Pertama di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments: