Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

Pelajar ATIC cipta rekod bina replika pesawat

  NR       Thursday, March 29, 2012

Sekumpulan pelajar Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan membina replika pesawat Boeing 787 di kampus kolej tersebut di Pulau Pinang, baru-baru ini.

PULAU PINANG 27 Mac - Sekumpulan pelajar Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan (ATIC) di sini berjaya mencatat rekod baru Malaysia Book of Records dengan membina sebuah replika pesawat Boeing 787 seberat 50 kilogram.

Replika tersebut mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan oleh 25 pelajar kolej itu.

Koordinator projek, N. G. Senthelnathan berkata, replika tersebut melambangkan bahawa pelancongan merupakan salah satu sektor penting kerana ia menjadi penyumbang kedua kepada ekonomi negara.

Menurutnya, ia juga sebagai salah satu usaha untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa pelajar ATIC mampu melakukan sesuatu perkara yang hebat dan luar biasa.

"Ia akan dipamerkan di pameran pendidikan yang bakal berlangsung di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) hujung minggu ini," katanya ketika ditemui di kampus kolej tersebut di Jalan Burma di sini baru-baru ini.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat replika berkenaan adalah kepingan aluminium sepanjang 6.1 meter, 12 gelung aloi, 20 helai plastik, lampu dan cat.

Replika tersebut akan diletakkan di kampus itu selepas tamat pameran bagi membolehkan orang ramai melihatnya secara lebih dekat.
logoblog

Thanks for reading Pelajar ATIC cipta rekod bina replika pesawat

Previous
« Prev Post

No comments: