Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

Pusat Rehabilitasi KIST tawar rawatan pemulihan fizikal

  NR       Thursday, March 29, 2012

KOTA BHARU 27 Mac - Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) terus melangkah ke hadapan apabila membuka pusat rehabilitasi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan pemulihan seperti masalah fizikal, neurologi, kardiak dan perkembangan kanak-kanak.

Pusat rehabilitasi yang terletak di tingkat tiga bangunan Pusat Dagangan Kelantan (KTC) dekat sini, beroperasi pada hari bekerja bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Pemangku Pengurus Operasinya, Zurairah Senin berkata, pusat berkenaan dibuka bagi memberikan kemudahan kepada ramai mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, perkhidmatan yang disediakan berdasarkan tiga disiplin utama iaitu terapi cara kerja, fisioterapi dan kecergasan fizikal.

"Untuk makluman pihak kami menawarkan perkhidmatan rawatan berasaskan tuntutan agama, di mana rawatan melibatkan pesakit wanita akan dikendalikan oleh wanita, begitu juga dengan lelaki.

"Setiap sesi rawatan akan dikendalikan pegawai KIST yang bertugas dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Selain itu, harga yang kami tawarkan cukup istimewa bermula RM60 hingga RM200," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, selain rawatan pihaknya turut menyediakan perkhidmatan gimnasium dan kelas aerobik kepada mereka yang ingin mengekalkan kesihatan badan.

Zurairah berkata, pusat rehablitasi tersebut bakal membuka peluang kepada pelajar KIST yang mengambil jurusan berkaitan untuk menjalani latihan di pusat berkenaan.
logoblog

Thanks for reading Pusat Rehabilitasi KIST tawar rawatan pemulihan fizikal

Previous
« Prev Post

No comments: