Powered by Blogger.

Wednesday, June 18, 2014

Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Jun & Sept 2014

  NR       Wednesday, June 18, 2014

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP sahaja.

Sila Rujuk iklan di bawah ini untuk maklumat lanjut sebelum membuat permohonan:

PERINGATAN PENTING KEPADA PEMOHON
a) Maklumat perlu diisi dengan lengkap di ruangan-ruangan yang disediakan secara online sebelum menekan butang 'Submit'.
b)  Sila pastikan alamat email & no. telefon bimbit diisi dengan betul kerana pemakluman panggilan temudugapinjaman bagi mereka yang layak akan dibuat melalui email/sms.
c)  Borang Permohonan Online yang sudah selesai diisi dan dihantar melalui sistem perlulah DICETAK.
d) Sila pastikan maklumat yang dicetak adalah lengkap dan dapatkan pengesahan wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang seperti yang tertera dalam borang permohonan dan
e) Diposkan ATAU dihantar sendiri beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan benar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan seperti dalam Iklan Permohonan Pinjaman YP.

Permohonan boleh dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my atau boleh dicapai di ruangan 'Khidmat Atas Talian' di laman web ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan senarai pegawai berikut di talian 09 - 518 1800:
En. Airulamri b Amran
Puan Safwati bt Ahmad
Cik Norlatipah bt Alias
Puan Zakiah bt Saleh
Puan Rohana bt Khamdan
logoblog

Thanks for reading Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Jun & Sept 2014

Previous
« Prev Post

No comments: