Powered by Blogger.

Friday, December 02, 2011

MoU USCI Sarawak Sasar Keluarkan Lebih Ramai Graduan Berkualiti

  NR       Friday, December 02, 2011


KUCHING: Lebih ramai graduan berkualiti akan dikeluarkan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara UCSI University Kampus Sarawak dengan Kampung Budaya Sarawak (SCV) dan Hotel Pullman semalam.

Menurut Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, langkah yang diambil oleh universiti itu amat bertepatan dengan seruan kerajaan kerana kursus yang menyelitkan banyak elemen latihan dan bukannya teori semata-mata akan mampu melahirkan modal insan berkualiti.

“Kursus yang 70 peratus hingga 80 peratusnya adalah berasaskan latihan merupakan modul yang amat baik untuk diadap-tasi,” katanya ketika ber-ucap merasmikan majlis menandatangani MoU, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden merangkan Naib Canselor UCSI Dr Robert Bong, Pengurus Besar SCV Jane Lian Labang dan Ketua Pusat Sumber Warisan SCV Narawi Rashid.

Selain SCV dan Hotel Pullman, UCSI turut ber-kerjasama dengan Pusat Konvensyen Borneo Ku-ching (BCCK), Hotel Grand Margherita dan Hotel Ri-verside Majestic.

Sementara itu, Presiden Malaysia Centre for Tourism and Hospitality Education (MyCenTHE) Prof Dr Wong Kong Yew melahirkan penghargaan kepada rakan-rakan industri yang telah banyak membantu mereka selama ini.

“Saya harus tekankan, kerjasama secara berterusan amat penting untuk memperbaharui landskap industri pelancongan dan hospitaliti,” katanya.

- UB


logoblog

Thanks for reading MoU USCI Sarawak Sasar Keluarkan Lebih Ramai Graduan Berkualiti

Previous
« Prev Post

No comments: