Powered by Blogger.

Monday, January 23, 2012

Parlimen Bukit Mertajam: 128 Murid Dapat 5A UPSR Dapat RM200

  NR       Monday, January 23, 2012

MUSA Sheikh Fadzir (tengah) bersama pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2011 bagi Parlimen Bukit Mertajam pada majlis penyampaikan hadiah galakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 22 Jan. - Seramai 128 murid yang memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu menerima bantuan RM200 hari ini.

Sumbangan oleh Biro Pendidikan UMNO Bahagian Bukit Mertajam itu sebagai dorongan kepada pelajar untuk meneruskan kecemerlangan mereka.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM25,600 bagi bantuan kepada pelajar terbabit.

"Bantuan itu diberikan kepada murid-murid tanpa mengira fahaman politik keluarga mereka.

"UMNO bagi bantuan setelah menerima senarai pelajar yang mendapat 5A tanpa memilih bulu kerana isu pendidikan tidak perlu dijadikan bahan politik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan itu di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (SMKTBM) di sini hari ini.

Musa berkata, bantuan kepada murid cemerlang itu telah diberikan sejak 10 tahun lalu.

Sebelum ini, katanya, pihaknya telah memberikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 200 murid dan gunting rambut percuma tahun lalu.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Parlimen Bukit Mertajam: 128 Murid Dapat 5A UPSR Dapat RM200

Previous
« Prev Post

No comments: