KUALA LUMPUR 5 Jan. - Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak memperuntukkan RM17,200 kepada pelajar sekolah sekitar Bandar Tun Razak yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011.
Pengerusinya, Chew Yin Keen berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2,700 telah diberikan kepada 27 pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga kurang berkemampuan sebagai Geran Pendidikan Khas 2012.
"Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR, mereka menerima RM20 bagi setiap gred A yang telah mereka peroleh manakala pelajar yang menerima geran pendidikan akan menerima RM100 setiap seorang.
"Selain anugerah ini, pihak yayasan juga sering menganjurkan seminar dan motivasi pendidikan kepada pelajar sekolah di sekitar kawasan Parlimen Bandar Tun Razak agar mereka boleh mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2011 serta Geran Pendidikan 2012 di sini baru-baru ini.
Yin Keen berharap pelajar terbabit akan terus berusaha sehingga berjaya dan dapat mencapai cita-cita mereka sekali gus menjadi seorang insan yang berjaya di dalam hidup.
- Utusan
No comments:
Post a Comment