Powered by Blogger.

Wednesday, February 01, 2012

India sedia kongsi kepakaran dalam bidang pendidikan

  NR       Wednesday, February 01, 2012

V. Narayanasamy (tujuh dari kiri) bersama sebahagian ahli perniagaan dari India dan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KERAJAAN India menyatakan komitmen untuk membantu Malaysia dalam bidang pendidikan khususnya pembangunan kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbentuk multimedia.

Menteri Negeri, Hal Ehwal Parlimen, Jabatan Perdana Meneteri, Personal, Kemudahan Awama dan Pencen, V. Narayanasamy berkata, India mempunyai tenaga pakar dalam pembangunan perisian pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat dari Malaysia.

"Kepakaran kami dalam teknologi dan pembangunan perisian sememangnya diperakui oleh dunia antarabangsa bukan sahaja dari segi kualiti malah ia melibatkan kos yang berpatutan," katanya pada satu majlis makan malam bersama ahli perniagaan tempatan dan India di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kerjasama antara syarikat pembangunan bahan P&P dari India yang berpangkalan di Malaysia, Datavision21 dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia.

Datavision 21 membangunkan 135 bahan P&P berbentuk multimedia untuk sistem e-pembelajaran yang dibangunkan oleh Kumpulan Utusan iaitu Tutor Intelligent Learning Management System (Tutor ILMS).

Tutor ILMS adalah sistem e-pembelajaran pertama di rantau ini yang yang menggabungkan dua sistem dalam satu iaitu ujian psikometri kepandaian pelbagai dan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian setiap murid menggunakan bahan pembelajaran yang menepati keperluan mereka sama ada berdasarkan kaedah visual, auditori mahupun kinestatik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Datavision21, Althaf Basha, inisiatif Kumpulan Utusan menyediakan portal e-pembelajaran untuk rujukan pelajar selepas waktu persekolahan rasmi merupakan langkah terpuji untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

"Kerjasama strategik ini amat menguntungkan pelajar kerana ia membolehkan mereka mengulang kaji dengan lebih berkesan mengikut kesesuaian cara pembelajaran masing-masing," katanya.

Beliau menambah, kolaborasi kepakaran India dan teknologi tempatan dalam Tutor ILMS berjaya mewujudkan satu sistem e-pembelajaran yang mantap dan memenuhi keperluan P&P abad ke-21.

Hadir sama ialah Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Pengarah Datavision21, Najimudeen Majeed dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.
logoblog

Thanks for reading India sedia kongsi kepakaran dalam bidang pendidikan

Previous
« Prev Post

No comments: